Kemaskini Pada: 24 Sept 2018
Versi 8.1.1a
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2018
Tarikh : 15 Feb 2018
 

Sri Aman, 12 Februari - Kempen Keselamatan Jalan Raya Pejabat Residen Sri Aman dengan kerjasama Lebuhraya Borneo Utara telahdiadakan bermula 9.00 pagi bertempat di Jalan Utama Hadapan Pejabat NAIM Gamuda, Sri Aman.  Kempen ini dihadiri oleh Pn Davina Enteli, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Negeri Sarawak dan Encik Hamdan Katang (Timbalan Pegawai Daerah) mewakili Residen Sri Aman selaku tetamu jemputan. Objektif kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya untuk sentiasa menjaga keselamatan diri semasa di jalan raya terutamanya semasa musim perayaan. Ketika kempen ini dijalankan, tetamu jemputan serta hadirin berada di tepi jalan raya utama dan mengagihkan goodies bag kepada pengguna jalan raya. Selain itu, pengguna diingatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu terutama musim perayaan. Penunggang motosikal turut diberikan topi keledar secara percuma dan diingatkan supaya sentiasa menggunakan topi keledar ketika menunggang dan membonceng motosikal dan sentiasa memastikan topi keledar masih dalam keadaan yang baik.