Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.3
Soalan LazimSoalan Lazim


SOALAN LAZIM


Seksyen & Bahagian : PROBET
Soalan :   Adakah perlu semua waris hadir ke Pejabat Daerah Sri Aman?
Jawapan:           Ya, untuk mendapatkan persetujuan daripada semua waris (adik - beradik).
Soalan : Adakah setiap probet yang diproses memerlukan pengesahan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum?
Jawapan: Ya, bagi memastikan setiap maklumat yang dikemukakan oleh pewaris adalah benar.
Soalan : Berapa lamakah proses penyiapan Letter of Administration (LA)?
Jawapan: 14 hari bekerja sekiranya dokumen lengkap dan waris hadir ke Pejabat Daerah Sri Aman.
Seksyen & Bahagian : LESEN & NAMA PERDAGANGAN
Soalan : Berapa lama setiap Lesen Perdagangan dapat dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Sri Aman?
Jawapan:                      

Setelah mendapat kelulusan dari Pegawai Daerah. Sekiranya Pegawai Daerah ke kawasan lain, lesen tersebut akan siap dalam (1) satu atau (2) dua minggu.

Soalan : Adakah lesen sudah siap?
Jawapan:   Perlu disemak oleh pegawai bertugas atau boleh menghubungi di talian 083 - 322013 (Pn Phylisia).
Seksyen & Bahagian : ANAK ANGKAT
Soalan : Adakah perlu ibubapa kandung kanak-kanak tersebut hadir untuk proses anak angkat?
Jawapan: Ya, perlu.
Soalan : Adakah penukaran nama anak angkat (luar nikah bagi yang beragama islam) dirujuk kepada JAIS?
Jawapan: Ya, perlu.


Seksyen & Bahagian : SENJATAPI
Soalan : Bagaimanakah cara mendapatkan permit membeli peluru?
Jawapan: Sila bawa kelongsong peluru semasa membeli peluru di kaunter senjatapi.
Soalan : Berapa lamakah tempoh membaharui lesen senapang patah?
Jawapan: Lesen senapang patah perlu diperbaharui setiap satu (1) tahun sekali.
Soalan : Berapa lamakah senapang patah perlu diperiksa?
Jawapan: Senapang patah perlu diperiksa setiap (3) tiga tahun sekali di Balai Polis Sri Aman.Sebab - sebab senapang patah perlu diperiksa:
  • Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan keadaan senapang patah dalam keadaan baik dan dapat digunakan dengan selamat.