Kemaskini Pada: 24 Okt 2017
Versi 8.0.3
Piagam PelangganPiagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN


  • Kami berjanji untuk memberi  perkhidmatan yang berkualiti, cekap, amanah, adil dan mesra pada setiap masa;

  • Sentiasa bersedia membantu & memberi khidmat nasihat apabila diperlukan;

  • Lesen Pungutan Awam akan dikeluarkan dalam tempoh DUA (2) MINGGU dari tarikh resit bayaran diterima oleh Pejabat ini, tertakluk kepada pemohon menghantar permohonan yang lengkap dan mempunyai dokumen sokongan yang relevan bagi Pejabat Residen, Sri Aman;

  • Surat Perlantikan Lembaga Pemeriksaan Aset/Harta Kerajaan akan dikeluarkan dalam tempoh DUA (2) MINGGU dari tarikh permohonan diterima, tertakluk kepada pemohon menghantar permohonan yang lengkap dan mempunyai dokumen sokongan yang relevan bagi Pejabat Residen, Sri Aman;

  • Permohonan untuk Lesen Perkahwinan Khas akan dikeluarkan dalam tempoh SATU (1) dari tarikh diterima, tertakluk kepada pemohon menghantar permohonan yang lengkap mempunyai dokumen sokongan yang relevan bagi Pejabat Residen, Sri Aman;. Permohonan Lesen Perkahwinan bagi Perempuan berumur di bawah 18 tahun tetapi telah genap 16 tahun akan dikeluarkan dalam tempoh SATU (1) HARI dari tarikh diterima, tertakluk kepada pemohon menghantar permohonan yang lengkap dan mempunyai dokumen sokongan yang relevan bagi Pejabat Residen, Sri Aman;

  • Pengeluaran Lesen Sabong Ayam akan dikeluarkan dalam tempoh SATU (1) MINGGU dari tarikh resit bayaran diterima bagi Pejabat Residen, Sri Aman;

  • Permohonan untuk Pendaftaran Ekstrak, Pindaan dan Pembatalan Nama-nama Perniagaan akan disiapkan dalam tempoh SATU (1) MINGGU, dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan Perkara Probet akan disiapkan dalam DUA (2) MINGGU dari tarikh permohonan diterima, dengan syarat ianya mematuhi prosedur pengurusan Perkara Probet bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan Anak Angkat akan disiapkan dalam tempoh TIGA (30 HARI, dengan syarat semua pihak yang berkenaan hadir dan membawa dokumen-dokumen yang lengkap bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Pendaftaran kes baru dan kes-kes rayuan Mahkamah Bumiputera akan dilakukan dalam tempoh SATU (1) HARI bagI Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk Pendaftaran Deeds akan disiapkan dalam tempoh SATU (1) MINGGU, dari tarikh permohonan diterima bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk pembatalan setem hasil akan dilakukan dengan serta-merta bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk menandatangani Surat Akuan Berkanun akan dilakukan dengan serta-merta bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk menukar hakmilik senapang patah akan diproses dengan serta-merta dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk mendapatkan Permit Membeli Peluru akan diuruskan dengan serta-merta bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk Pelepasan Pelabuhan akan disiapkan dalam tempoh SATU (1) HARI bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Permohonan untuk kuaters akan diputuskan dalam tempoh SATU (1) BULAN dari tarikh permohonan diterima;

  • Resit akan dikeluarkan dengan serta-merta untuk sebarang pungutan hasil daripada orang awam bagi Pejabat Daerah Sri Aman;

  • Bil/invoice Pembayaran akan dihantar kepada Akauntan, Perbendaharaan Negeri dalam tempoh TIGA (3) MINGGU dari tarikh diterima, tertakluk bil/invoice yang lengkap dan mempunyai dokumen sokongan yang relevan dan masih ada peruntukan perbelanjaan;

  • Segala Aduan ataupun Maklumbalas Pelanggan akan diambil tindakan dalam tempoh DUA (2) MINGGU dari tarikh diterima, tertakluk Aduan ataupun Maklumbalas Pelanggan ada relevan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pejabat ini.