Kemaskini Pada: 25 Sept 2018
Versi 8.1.1a


Seminar Pembangunan Ummah 2018 akan diadakan pada  Jumaat, 20 April 2018M bersamaan dengan 4 Syaaban 1439H bertempat di Dewan Suarah Sri Aman. Sebanyak dua pembentangan akan diadakan pada seminar tersebut yang bertajuk, ‘Wakaf: Kesatuan Ummah, Manfaat Pemilikan Bersama’ disampaikan Tuan Haji Abang Faisal Pengurus Kanan Wakaf, Tabung Baitulmal Sarawak dan ‘Kecemerlangan Ummah, Tanggungjawab Bersama’ yang  disampaikan Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Negeri Sarawak.

Seminar ini diadakan bagi memperkasakan dan memberi kegemilangan terhadap ummah sama ada yang beragama Islam mahupun bukan Islam untuk bersama-sama berganding bahu bagi membawa kecemerlangan kepada Negeri Sarawak.



ATUR CARA

SEMINAR PEMBANGUNAN UMMAH 2018

 

MASA

 

ACARA

 

7:00-8:15 pagi

~

Pendaftaran Peserta & Minum Pagi

 

8:15-9:15 pagi

~

Pembentangan I:

Wakaf: Kesatuan Ummah, Manfaat Pemilikan Bersama

Oleh: Yang Berbahagia Tuan Haji Abang Faisal                        Pengurus Kanan Wakaf, Tabung Baitulmal Sarawak

 

9:15-10:15 pagi

~

Pembentangan II:

Kecemerlangan Ummah Tanggungjawab Bersama

Oleh: Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin            

Mufti Negeri Sarawak

 

10:30 pagi

~

MAJLIS PENANGGUHAN

Oleh:

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap

Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II

Menteri Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak

 

 

~

Jamuan Makan Tengah Hari

 

 

~

Bersurai